Sunday, August 10, 2008


SK BIHAI


guru besar sk bihai, tok batin Segan, pengetua smkbc

dalam perjalanan ke sk bihai, kami berhenti rehat di satu anak sungai untuk menikmati makanan tengah hari
Program lawatan yg dijalankan pada 6 hingga 8 ogos baru-baru ini telah berjalan dengan lancar.
kami bertolak dari smk bandar chiku pada pukul 10.00 pagi, dan sampai di bandar gua musang pada pukul 10.30 pagi. kenderaan yang saya naiki (disewa) telah singgah di suatu tempat atas urusan peribadi dan seterusnya menukar tayar yang sesuai untuk perjalanan mendaki bukit. kami singgah di kedai makan untuk minum rehat dan seterusnya membeli bekal perjalanan ke dalam hutan. kami bertolak dari bandar gua musang lebih kurang pada pukul 12.00pm

dalam perjalanan kami meredah jalan balak dan mengambil masa selama 3 jam. perjalanan kami agak sukar kerana pada malamnya hujan telah turun dengan lebat menyebabkan jalan berselut. kami sampai di sk bihai lebih kurang pada pukul 3.00pm

setelah sampai kami telah bertemu dengan guru besar sk bihai. kami menikmati minum petang yang disediakan oleh warga sk bihai di dewan makan asrama. sebelum kami melabuhkan punggung kami, kami telah singgah ke kg tendrik (hampir sangat dengan kampung) dan berjumpa dengan tok batin kg tendrik yang bernama Segan. di situ kami menikmati makanan ruji orang asli iaitu ubi kayu serta buah-buahan seperti durian, rambutan dan kacang rebus (tiada minuman). setelah selesai beramah mesra kami pulang ke sk bihai untuk berehat dan unpack barang kami. kami bermalam di kuarters sk bihai.

makan malam disediakan pada pukul 8.00pm

kami kemudian disajikan dengan persembahan pelajar-pelajar sk bihai dan penduduk kampung yang menghantar anak mereka ke sekolah sk bihai. antara persembahan mereka ialah, nyanyian oleh pelajar sk bihai (tajuk lagu "kami anak asli"), nasyid, persembahan sewang, dan seterusnya karaoke oleh pelajar dan penduduk kampung (irama gelek menjadi kegemaran mereka)

persembahan tamat pada pukul 12.00am. minum malam disediakan di dewan makan

pada waktu pagi (10.00am) kami bertolak ke perkampungan Kg Baong, dengan menggunakan 2 buah 4wd sahaja. sewaktu dalam perjalanan kenderaan kami telah tersekat di dalam selut dan mengambil masa hampir 1 jam untuk lepas halangan tersebut.

kami tiba Kg baong pada pukul 11.00am. setelah sampai kami berjumpa dengan tok batin mereka (lupa nama) dan menikmati juadah mereka (durian, kacang rebus dan goreng, pisang kuku buaya, ubi kayu dan tea susu). kami juga turut berjalan melawat kawasan sekitar kampung tersebut dan beberapa orang dari kami telah membeli tongkat ali. kami meninggalkan kg tersebut lebih kurang pada pukul 1.30pm

kami mandi sungai pada pukul 2.00 hingga 4.00pm

pada pukul 4.30 majlis konsultasi bersama ibu bapa pelajar yang belajar di smkbc. seramai lebih kurang 11 orang yang hadir. majlis tersebut berakhir pada pukul 6.30pm

pada sebelah malamnya, pihak kami telah menayangkan gambar yang menunjukkan suasana smkbc dan anak2 orang asli kepada warga orang asli yang berada di sini. malangnya dvd video yang kami bawa tidak dapat ditontonkan kepada mereka. malam itu ditutup dengan nyanyian karaoke oleh orang asli.

p/s: mereka sanggup berjalan dari kg baong ke sk bihai (sejauh 5 km) dalam gelap semata-mata untuk berkaraoke walaupun 1 lagu.

keesokkannya kami pun packing barang2 kami. kami bertolak dari sk bihai pada pukul 10.00am dengan dituruti oleh guru2 dari sk bihai (untuk solat jumaat). kami sampai ke gua musang pada pukul 12.00pm

setelah berhenti rehat seketika kami mulakan perjalanan pulang kami dengan hati yang gembira sambil memegang cenderahati yang diberikan oleh guru2 sk bihai.

kami mengucapkan amat2 berterima kasih kepada mereka semua kerana telah melayan kami dengan baik (perut kami sentiasa kenyang) dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke sini.

Sunday, August 3, 2008

Lawatan Ke SK Bihai

Pihak sekolah (smkbc) akan mengadakan lawatan ke sk bihai pada rabu ini hingga jumaat
iaitu 6 hingga 8 ogos 2008. untuk pengetahuan semua, smkbc ada menempatkan beberapa orang pelajar orang asli dari sk bihai. semua pentadbir akan turut serta dalam lawatan tersebut.